Perkhidmatan Telekomunikasi | Syarikat telekomunikasi diminta kaji semula yuran perkhidmatan

2022-12-15 0

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil menggesa syarikat telekomunikasi untuk mempertimbangkan semakan semula yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.

Ujarnya, ketika ini situasi ekonomi sangat mencabar dan syarikat telekomunikasi wajar melihat tanggungjawab sosial mereka untuk meringankan beban rakyat terutama mereka yang kurang bernasib baik.